Kasihan Kamu Manusia 'Normal'


Assalamualaikum, bismillah...

Bagi saya, normal lah tu,
Kalau ada yang suka cemburu buta.
Pada orang yang lebih bahagia,
Pada yang lebih berjaya,
Pada yang berharta melimpah ruah.

Bagi saya, normal lah tu,
Ada sahaja tidak kena di hati,
Ada sahaja yang salah baginya.
Itu salah, ini salah, yang benar saya sahaja!

Bagi saya, normal lah tu,
Kalau suka menghentam manusia,
Yang dirasakan padan muka,
Kau tidak layak itu semua.

Normal lah tu,
Bagi manusia yang tidak normal macam 'saya'.
Saya itu siapa? Ya, orang yang sedang menggila senangkan hati sendiri!
Kasihan kamu.

Mari sibukkan diri menghitung anugerah Illahi,
Pada diri setelah lahir hingga kini.
Buat apa nak sibuk kesenangan orang,
Pada diri langsung tak nampak apa?

Bersyukurlah.

Syukran for the reading!