Nikmat Di Depan Mata
Assalamualaikum, bismillah...
Saya?
Tiada yang menarik pun.
Sekadar bertambah bahagia,
Dari sehari ke hari-hari yang lainnya.
Syukur.
Anak masih dua.
InshaAllah, ada rezeki lebih,
Bertambahlah dua tiga lagi.
Amin
Sibuk sebagai seorang isteri,
Seorang ibu, yang mencipta kerjaya dari rumah.
Alhamdulillah.
Menjana pendapatan dari rumah itu suatu nikmat!
Masih berpeluang melihat detik-detik
manis si anak yang mulai membesar dan menyenangkan hati.
Saya cintakan kerjaya ini.
Sebagai isteri, ibu dan peniaga!
Yang penting, sebagai hamba yang masih berpeluang
mensyukuri apa sahaja nikmat di depan mata!
Sabda Rasulullah SAW,
"Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu
bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun."
(Riwayat Abu Daud).
Syukran for the reading!