Salam Ramadhan


Assalamualaikum, bismillah...

Sudah lama tidak menaip entri untuk blog ini. Maafkan saya wahai pembaca setia, pengikut di Facebook, Twitter mahupun Instagram. Saya cuba ambil masa untuk cari kekuatan yang ada dalam diri namun tenggelam dek rajukan dan rasa rendah diri. Oh hai! Saya kembali menaip lagi!

Apapun, saya ingin ucapkan selamat menjalani ibadah puasa wahai sahabat handai ummat Rasulullah SAW sekalian. Perbanyakkanlah mengingati Allah dan bermuhasabah diri.

Saya, awak dan awak manusia biasa. Tiada yang dijanjikan suci dari dosa kecuali para nabi yang maksum. Setiap kali hendak tidur, ingat kembali apa yang telah dilakukan hari ini.

Hati siapa yang telah kita sakiti,
Janji apa yang telah dimungkiri,
Ibadah mana tidak dilaksana,
Tugas mana yang dibuat sambil lewa.

Istighfar.

Janji pada diri nak buat lebih baik.

Kadang kita terlupa bahawasannya kita bukan TUHAN. Kerap kali menghukum. Seringkali buruk sangka. DIA tahu aturannya lebih baik dari rancangan kita. Kita kena yakin dengan janji-janjiNya. Kalau jarang sekali untuk menghadap Quran, pastilah kita masih samar-samar dengan aturan kehidupan.

Jangan malas untuk sabar, ya :)

----------


Alhamdulillah, anak bongsu sudah pun berusia 9 bulan. Sangat aktif dan periang. Manja pun satu hal juga! Apakah mungkin faktor menyusu badan punca dia tidak boleh berenggan dengan si ibu yang not-so-busy ini? Hehe.

Berbeza halnya dengan anakku Hilmiyyah dahulu. Dia orangnya sangat gagah. Putus susu badan ketika berusia 5 bulan sebab sangkut pula si adik, hik hik. Tetapi orangnya kuat! Sekarang pun jelas dia seorang yang kuat dan aktif! InshaAllah akan menjangkau usia 2 tahun tidak lama lagi!

Saya sangat bahagia. Hidup saya sungguh bermakna.

Terima kasih Ya Razzaq atas anugerah ini.

Saya bahagia menjadi seorang ibu. Bahagia menjadi seorang surirumah. Bahagia dapat melihat apa sahaja skill terbaru anak-anak, hehe.

Saya juga bahagia menjadi seorang penulis!

InshaAllah... selepas ini banyak lagi yang akan saya coretkan disini...

KEEP CALM & STAY TUNED ;)

Syukran for the reading!