Bila Orang Dah Benci


Assalamualaikum, bismillah...

Terkadang kita tidak rasa kata-kata kita sebenarnya menyinggung perasaan orang lain. Bila orang yang tersinggung itu berterus-terang, jangan pula ambil mudah. Ingat, tidak semua orang sama seperti kita. Mintalah maaf dan buatlah dia bahagia kembali. Jangan di biar dan kata 

“Alah, nanti okaylah tu.”

Ingat, jika dia mulai tiada hati, di mana mahu kau letak wajahmu lagi. Orang dah benci, semua tahu, amat sukar untuk dirayu lagi.

Begitu juga diri ini, bibir mudah kata maaf... hati yang terluka dan tersakiti amatlah payah untuk di ubati.

Apatah lagi dengan... manusia jenis alahhh takpeee.

Benda takpe2 ni yang terkadang merubah persepsi, merubah jalan cerita kita sebenarnya.

Syukran for the reading!