Assalamualaikum, bismillah...
Aku merenung wajah mereka berdua. Suci benar wajah anak-anak ahli syurga. Mereka lebih mulia dari kita. Ya. Ahli syurga. Kerana itu terlalu ramai golongan alim alimah menyintai anak-anak kecil, tidak kira andai bukan anak cucu cicit sekalipun.
“Sakitlah... ” rungutku dengan jelingan. Hilmiyyah terdiam. Helaian rambutku di genggamannya dilepaskan. Wajahnya risau benar andai si ibu marah-marah lagi kali ini.
Aku mengukir senyuman. Tidak mahu dia takut-takut seperti itu. Masakan si anak kecil mahu bergurau, aku si ibu harus menangkan amarah dahulu? Meski gurauannya nyatanya kasar. Ya, kasar.
Err... Un-control-able agaknya emotion mereka, hehe.
Tak mengapalah kali ini aku sakit lagi di gigit, di tampar, di tarik rambutku dan macam-macam lagi. Asalkan mereka bahagia.
Dahulu sewaktu mengandungkan mereka selama 9 bulan, semuanya tidak apa, asalkan si anak tidak mengapa-mengapa.
Kini setelah lahir, ketika membesar... mengapa harus aku berkira.
Bukankah mereka lah ahli syurga yang membawa bahagia? Ya.
Semoga ramai lagi ahli syurga sudi bertapak di rahim ini... rindu rasanya untuk hamil lagi.
Err... Ya, maybe next year or another next year. I dont mind because everything belongs to Allah Azza Wa Jalla.