Panduan Lengkap Fardhu Ain


Assalamualaikum, bismillah...

RUKUN AGAMA-
Rukun agama ada tiga aspek iaitu Iman, Islam dan Ihsan.

IMAN-
1) Pengertian Iman;
Iman iaitu kepercayaan dan keyakinan dalam hati yang dapat mempengaruhi diri seseorang sehingga ia berbuat sesuai dengan keyakinannya itu. Di dalam Islam, pengertian iman itu seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW iaitu:
“Iman ialah meng'itiqadkan dengan yakin di dalam hati dan mengiktirafkan dengan kata-kata serta mengerjakan dengan anggota badan.” (Riwayat Muslim)
Penjelasan Rasulullah SAW itu menunjukkan bahawa iman itu tidak cukup hanya dengan menyakini sesuatu itu dengan hati sahaja. Tetapi harus diucapkan dengan kata-kata bagi yang dapat berbicara dan dengan isyarat bagi yang bisu. Kemudian setiap umat Islam harus membuktikan keimanannya itu dengan perbuatan ataupun amalan.

2) Pokok-pokok Iman;
Pokok atau asas iman itu ada tiga perkara.
• Iman Ilahiyyat- Ertinya iman yang sesungguhnya dengan Allah SWT.
• Iman Nabawwiyat- Ertinya iman yang sesungguhnya dengan segala Nabi dan Rasul.
• Iman Sam’iyyat- Ertinya iman dengan sebenarnya melalui pendengaran firman Allah SWT (Quran) dan sabda Rasulullah SAW (Hadis).

To be continued~

Syukran for the reading!