Assalamualaikum, bismillah...
20 sudah.
Nobody tell me its not easy and nobody tell me how awesome it is!
Hehe.
Basically, Im still surirumah yang bahagia tahap bunga di taman nan mewangi semerbak lautan, ekeke. Anak pun masih dua orang, inshaAllah, nak masuk tiga this year kalau tiada halangan.
Masih suka merah jambu. Masih comel, alamak, over pulak.
Saya masih ada followers yang baik hati (bukan bodek haha). Alhamdulillah. Life getting better each day. Saya pun suka hidup yang simple dan biasa-biasa saja ni. Nak cakap sederhana, bolehlah tapi takdalah hana sangat, sederhawa je hehe.
Saya lebih sukakan privacy.
You know.
Saya bukanlah jenis wanita (cewahhh) yang suka berjalan cuci mata. Setakat dua tiga jam tu okaylah. Itupun beli barang rumah, beli barang anak dekat luar, teman anak-anak main dekat taman yang riuh dengan kanak-kanak comel aktif lagi bergaya, fuhhh. Itupun kadang-kadang saya terfikir nak belikan anak saya set taman permainan yang harganya tiga ribu tu so dorang takdelah macam kesian sangat nak dibawa ke taman permainan. Tapi terfikir, berbaloi ke set taman permainan tu dibandingkan dengan keseronokkan anak-anak bermain bersama kawan-kawan? Hurm.
Dan berbaloikah duit dihabiskan untuk set itu? Ho maiiii, boleh beli macam-macam hokeh tapi kalau beli iphone dapat seketul ja. Dua ketul untuk secondhand haha.
Money cant buy happiness tapi saya suka duduk rumah je, tsk tsk.
Tapi kalau pergi bercuti sekali-sekala tu okay je kot especially kalau dengan suami dan anak-anak saja. Kalau pergi konvoi-konvoi tu sangatlah bukan saya hehe.
Apapun - will update later more-more and soon-soon another time okay?
Jom cuci mata dekat Instagram saya - @Ema_Rahmah :D
Pstttt, nak follow Instagram saya adalah dialu-alukan tetapi tidak bagi yang bermasalah hati - wek sikit :9