Assalamualaikum, bismillah...
Hi ! Semalam borak dengan seorang kakak, kenalan jauh tak jauh sangat hehe.
PENDEKKAN CERITA --
Saya tanya tentang persekolahan anak-anak kembarnya. Tadika agama di KL. Murah je RM20 sebulan. I was like, ouh, murahnya! I thought dah takda sekolah tadika murah-murah.
Ye lah. Bukan semua rakyat Malaysia ni mampu nak sekolahkan anak sampai 200-300 sebulan. Minoriti je yang mak apak dia gaji besor.
Benda ni dah lama saya fikir. Apekah ?-- Saya terfikir untuk homeschooling my kids. Mungkin tak ramai kot yang buat, kee ramai je?
Saya tak kerja. Setakat jual pakaian dan barangan bayi secara online je pun. Mostly memang saya di rumah. Bila Hilmiyyah dah masuk tahun ke 3 ni, tiba-tiba macam tak sedap hati pula fikir nak ‘lepas’ dia bila nak tadika nanti.
Sekolah bagus mana pun. Mahal mana pun.
Sebenarnya saya cemburu tahap asdfghjkl dengan isteri Ibnu Batoota yang di didik dengan cara Islamik yang sepenuhnya di rumah. Tidak pernah bersekolah pun tetapi tentang agama memang mantop. Dia di didik untuk menjadi ‘wanita’ yang betul-betul wanita lah. Err, faham dok?
Ye lah... Di rumah ummi dan abi nya tak ada TV, Radio.. internet apatahlagi... Means, isteri Ibnu Batoota memang tidak diexposed ke benda2 ke duniaan lah. Sehari dia mampu baca Quran dalam lebih dari 1 juzuk. Saya sehari mampu habis baca sepuluh blog orang lain, Allah....
I know, I know... benda macam tak relevan lah kan dengan zaman super moden macam sekarang.
Bukannya saya tak akan bagi anak-anak saya kenal dengan IT apa-apalah tu semua. Even Hilmiyyah dua tahun, saya dah belikan dia tab sendiri.
Cumanya -- Tang nak hantar Hilmiyyah atau Haziq ke sekolah tu yang macam seram sikit. Lebih-lebih lagi dengan macam-macam kes sekarang.
Dera, Culik, Bunuh, Rogol erk!
Orang pertama yang tak setuju dengan nak meng-homeschooling-kan anak-anak ni adalah suamiku sendiri. Hurmmm.
Kalau boleh, dia nak hantar anak-anak dari kecil dalam usia 6-7 tahun ke tempat jauh-jauh. Biar berdikari katenye.
Bila terfikir anak-anak akan dihantar ke sekolah pondok di Indonesia contohnya, laju jee air mata turun, padahal tak jadi lagi hehe.
Saya fikir nanti saya upahlah mana-mana muallim/muallimah yang mengajar di PASTI atau Tadika Little Caliphs (saya dengar tadika ni bagus) untuk datang mengajar di rumah. Jadi hati saya lebih tenang.
Entahlah... naluri keibuan saya tak suka tengok kalau anak saya diuruskan oleh orang lain apatahlagi bercampur sangat dengan orang lain.. Kadang -- Tadika dah bagus dah, mak ayah kwn dia ok dah.. cumanya kawannya sendiri terpengaruh dengan benda2 tak elok datang dari luar.. Seram jugaklah fikir kalau dia ajar anak saya bukan2.
Sedangkan kalau mak cik pak cik dia kat kampung duk sibuk2 nak uruskan dorang (maybe nampak saya ni kesian sangat kelam kabut nak uruskan tu ini), sakit sangat bijik mata saya. Saya tak suka. Saya suka urus anak-anak saya sendiri. Biarlah letih macam mana pun.
Tapi kalau cikgu yang datang untuk mengajar JE takpelah kan. Boleh curi2 tengok gak.
Dulu pun saya ambil bibik bukan sebab nak dia uruskan sangat rumah tangga. Cuma nak mintak dia tengok-tengokkan Hilmiyyah waktu saya dalam pantang Haziq.
Pssttt - Super annoying mouse pulak sibuk nak judge itu ini. Dengkiiiii sangat hew hew.
Hurm k lah.. Hal ni pun masih dalam perbincangan suami dan isteri cewaahhh... I hope baba setuju lah dengan cadangan si ibu ini.. Tunggulah anak-anak dah besar sikit, barulah hantar ke pondok2 yang jauh macam yang baba nak. Ye lah, dia lebih tahu apa yang terbaik kan untuk anak-anak. Tapi saya sebagai ibu pun ada hak saya wekwekwekkkk...
Haaaaaaaaaaaaa
Moga diberi petunjuk Allah yang Maha Bijaksana... Kadang kita dah plan dah, Allah SWT pula tak setuju kan sebab Dia lebih tahu apa yang the best :)